My First Thought

Assalamualaikum.


Nak cerita pun sedih. Apatah lagi nak dibayangkan. Tak pernah dalam seumur hidup yang hina ni, merasai kesedihan yang amat amat dalam. Kena teruskan hidup walau apa pun terjadi. Tapi tak semudah tu untuk diteruskan tanpa seorang teman. Yang selalu di ajak berbual. Yang selalu mendengar bebelan. Yang sanggup tunggu sampai lewat malam hanya semata untuk diri ini. Walaupun sudah tidak semesra dulu, diri ini percaya bahawa dia sentiasa ada untuk diri ini. Bila kita dapat merasai perasaan yang sebenarnya sangat sakit untuk dirasai, rasanya seperti berada di tempat kosong. Berada dalam kalangan manusia yang tiada perasaan sayang dan kasih. Hanya dipenuhi dengan rasa kebencian dan dendam. Haruskah manusia seperti itu? Selalu menjatuhkan sesama sendiri. Dan di saat itu, seseorang yang kita harapkan untuk mendorong kita untuk teruskan hidup, tiada. Menasihati kita bahawa ramai lagi yang menyayangi kita di dunia ni. Mungkin benar kata orang,"Bila senang, ramai kawan. bila dah susah, kawan entah kemana" Rasa takut pulak bila di ingatkan seperti itu. Sedih macam ni memang takda guna. Tetapi, seseorang yang kita sayang sebagai teman rapat merangkap buah hati tiada di sisi, apa kita rasa? Apa kita akan buat? Mungkin tak buat apa-apa. Tapi adakah perasaan ini dapat menahan sedih? Dapat menentang air mata dari mengalir. Mungkin tidak. Meratapi kesedihan akan menjadi suatu penyesalan bagi diri ini pada masa kelak. Menghadap Ilahi lebih bermakna. Semoga diri ini kuat menempuh segalanya. 

No comments: